Salamullahi'alaikum...
Segala puji dan syukur hanya untuk Ilahi...
Selawat dan salam hanya untuk kekasih Ilahi...
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang mafhumnya :
Bahawa sesungguhnya hati manusia terbahagi kepada 4 jenis :
1)Hati yang sentiasa bercahaya dan bersinar, iaitu hati yang bersih dari penyakit hasad dengki dan penipuan, itulah hati orang seorang mukmin.
2)Hati yang putih(tidak hitam), begitulah hati orang mukmin.
3)Hati yang terlindung, hati yang sentiasa dilitupi dengan sesuatu untuk melindungi sesuatu yag lain, begitulah hati orang yang munafiq.
4)Hati yang bermuka-muka, padanya Iman dan Nifaq, di gambarkan Iman di sini adalah seperti pohon kecil yang hanya dapat bertahan dengan sumber air yang baik, manakala Nifaq di sini di gambarkan seperti kudis yang mengekalkannya ialah nanah yang bercampur dengan darah,maka diantara kedua-duanya ini (iman dan nifaq), mana yang lebih dicenderungi oleh seseorag itu, maka hatinya akan dihukumkan mengikut apa yang dicenderungkannya”
Maka kita nilailah sendiri hati kita tergolong di antara
jenis hati yang mana satu..
Hati ini terlalu penting dan memberi kesan yang amat besar di dalam kehidupan manusia, kerana ianya merupakan ketua atau pun penghulu bagi seluruh kerajaan diri.
Jika baik hati itu, maka baiklah keseluruhan manusia itu, jika rosak, maka rosaklah manusia itu..
wallahu ta'ala a'lam..
Syukran jaziilan...
No comments:
Post a Comment