Sunday, April 25, 2010

Ampuni aku...

assalamu'alaikum...

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله ومن تبعه بإحسان إلى يوم القيامة

Aldohamdulillah bersyukurlah kita selalu kepada Yang Maha Pemurah..
Segala yang diberi ada sebab, ada rahsia, ada tujuan dan ada hikmah..
Perlu kita insafi,perlu kita hayati dan perlu kita muhasabah..
Mesti di ingat semua akan berakhir bila diri kembali ke dalam tanah..


Ya Allah..tidak terkira berapa banyaknya aku telah melupakan Mu..
Tidak seberapa amalan ku yang hendak ku persembahkan kepada Mu..
Tidak terhitung berapa banyak dosa yang telah ku lakukan terhadap Mu..
Tidak terhitung berapa banyak ni'mat hidup di dunia kurniaan oleh Mu..
Ya Allah..ampuni aku dari dosa-dosa yang ku lakukan pada Mu..
Sama ada yang aku sedar mahupun tidak..yang kecil mahupun besar..

Sakit yang ku rasa, derita yang ku tanggung lantaran dosa yang ku lakukan..
Berilah aku keampunan di dunia an di akhirat..
Berilah aku peluang untuk kembali semula ke jalan Mu..
Berilah aku sentiasa merasai bahawa Engkau sentiasa memerhatikan aku..
Agar aku akan sentiasa lebih berhati-hati dalam melangkah di dunia fana' ini..
Agar aku rasa ketenangan jiwa dari segala hasutan nafsu ammarah dan hasutan syaitan..

Ya Allah..sesuungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hamba2 Mu..
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Maha Pengampun..
Ampunilah aku Ya Allah..



Ameen ya Robbal 'alameen...

Syukran Jaziilan..

No comments: