Sunday, April 11, 2010

Adakah kekal...??

salaun'alaikum...

sedari awal pujian hingga ke akhirnya,ianya hanya milik Allah..
sebanyak-banyak selawat dihadiahkan kepada Rasulullah...

Alam yang bersifat sementara..
Makhluk yang bersifat tidak kekal..
keindahan yang bersifat seketika...

Selama mana semua yang dilihat oleh mata akan dapat bertahan?
Sekekal mana semua yang digapai oleh tangan akan dapat dicapai?
Seabadi mana semua yang bergelar makhluk akan dapat tinggal di dunia?

Kesemua ini sudah pasti tidak akan dapat bertahan lama..
Kesemua ini sudah pasti akan bertemu akhirnya..
Kerana setiap permulaan pasti ada kesudahannya..itulah makhluk..


Pelangi tidak akan selamanya muncul di dada langit..
Langit tidak akan selamanya cerah membiru..
Bulan dan bintang tidak akan selamanya bercahaya di angkasa..

Ingatlah..ambillah kesempatan untuk mencari bekalan akhirat sebelum semuanya menjadi sempit untuk kita mecari bekalan..

syukran jaziilan...

No comments: