Monday, July 16, 2012

Lagi bingkisan dari si 'buta'...

assalamu'alaikum... semoga segala yang baik disisi Allah diberikan pada kita semua semasa di dunia dan di akhirat sana... sedikit bingkisan mengenai si 'buta'..dan kali ini berkaitan dengan keinginan si 'buta' yang mahukan itu dan ini,ke sana dan ke mari seperti insan yang celik. si 'buta' tidak mampu untuk ke sana ke mari,untuk capai itu dan ini semudah yang dilakukan oleh si celik... ada kalanya si 'buta' terpaksa menebalkan muka dan menipiskan telinga untuk meminta dan memohon dari si celik... apabila permintaan dipenuhi, hati si 'buta' akan berasa seronok sekali dan bersyukur kerana apa yang di ingini dapat dipenuhi dengan bantuan si celik... dan apabila permohonan dan permintaan si 'buta' tidak diendahkan dan tidak dilayan ataupun tidak dapat dipenuhi oleh si celik, maka si 'buta' tidak akan menimbulkan lagi permintaannya buat kali yang kedua,lantas hati si 'buta' berbisik : " mungkin si celik tidak ada masa..mungkin si celik tengah banyak kerja..tak apelah,lagi pun aku ni tak nampak, selalu susahkan orang lain yang celik..janganlah ngade2 nak itu nak ini,nak ke sana ke mari..ikut ajela si celik kata ape..." begitulah sedikit bingkisan dari si 'buta'... maaf atas segala salah dan silap.. aku bersyukur atas segala apa yang telah ditentukan untuk aku oleh robbul jalil yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. aku juga manusia biasa yang ada keinginan dan kemahuan.. cuma keinginan dan kemahuan itu terbatas disebabkan penglihatan yang terbatas.. terima kasih pada semua si celik yang sudi membantu dan menolong si 'buta' ini sementara si 'buta' ini masih bernafas dan menumpang di sudut dunia fana' ini... syukran jaziilan...