Sunday, April 4, 2010

B.i.B 'mengarut' lagi...

assalamu'alaikum buat semua pembaca..

puji-pujian hanya untuk Allah..
selawat dan salam untuk Rasulullah..

sekadar luahan dan mungkin kekarutan...

Dalam terang aku teraba-raba mencari arah untuk berjalan,
di permukaan aku terkapai-kapai hamper kelemasan,
kanan kiri depan dan belakang, aku tak mampu aku tak tahu mana yang harus aku pilih…

Mengapa hidup ku rasakan kian gelap sedangkan mentari bersinar terang,
Sedangkan rembulan menyuluh malam..
Aku buntu, aku kaku untuk ke sana dan ke sini..
Aku hilang aku lemas aku hanyu dalam diri sendiri..

Buta sesudah celik adalah lebih sukar berbanding buta yang memang tak pernah celik…
Bukan merungut bukan bersungut, sekadar melepaskan apa yang tertaut di hati..

Aku sudah tidak tahu apa lagi cara untuk aku bersedih atau bergembira..
Hendakku nangis, tiada berair mata..hendakku senyum, tiada siapa nak teman..
Kalau dah nasib, sudah tersurat, beginilah…apa nak buat…
Di mana kan ku cari ganti, serupa dengannya..tak sanggup lagi ku tanggu derita kehilangannya..

Dunia terang menjadi gelita, cahaya indah tiada warnanya..
Keluhan di jiwa tiada siapa peduli, terusku pendam hingga jadi penusuk di dasar hati…
Mogaku diberi peluang kedua,moga dipulangkan kembali penglihatanku..

Aku maakin tak faham maksud hidupku kini, aku makin kabur hala tujuku,
Masa depanku kian kelam dan pudar, ku hanya mengikut arah angin bertiup,
Jika ke kanan, maka ke kananlah aku, jika ke kiri, ke kirilah aku..dan begitulah seterusnya..
Lorong yang mana harus aku pilih untuk aku temui jalan keluar dari bele ggu masalah ini…
Bantulah aku oh Alla!!


syukran jaziilan...

2 comments:

ismat said...

Assalamualaikum...

Syafakallah. Semoga sentiasa dikurniakan kekuatan oleh Allah S.W.T. dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

mataku (B.i.B) said...

'alaikumussalam...
ameen ya robbal 3alamin..
terima kasih che mat sudi ziarah blog ni..
moga kehidupan dpt d teruskan dgn lbh smpurna..