Thursday, October 11, 2007

Nur keampunan di Aidilfitri

Salama lebaran buat semua...
segala puji dan puja hanya untuk NYA, selawat dan salam untuk Rasulullah,ahli keluarga
dan para sahabat baginda...

Nur Keampunan di Aidilfitri
Bila tiba hari raya
semua insan bergembira
tetapi bagiku hanya kesedihan
yang menyelubungi hidup
Dosa dan juga ma'siat
bersarang di hatiku
layakkah diriku
meraikan syawal kali ini
Siapakah yang sudi
menghulurkan bantuan
kepada diriku ini
tatkala berada di mahsyar nanti
ku meminta dan berdoa
kepada yang maha Esa
rahmatilah hidupku
berilah Nur keampunan di pagi Aidilfitri
semoga madrasah tarbiah ramadhan, tidak berlalu begitu sahaja, malah harapnya ia berlalu dengan
meninggalkan kesan yang amat mendalam di lubuk sanubari kita..semoga kita semua
dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun yang berikutnya..
Sambutlah kemenangan di bulan Syawal tanpa ada membuat dosa kepada empunya Alam ini..
Bergembiralah tanpa melanggar adab dan batasan yang telah ditetapkan pemilik kita semua..
Selamat menyambut Syawal yang mulia
maaf zahir dan Batin
syukran jaziilan...

1 comment:

Mawar Berduri said...

Rasa insaf menyelubungi hati ini yang selama ini tidak menyedari lirik sebenar lagu ini... moga hati2 yang lain juga kan celik seketika kala membaca bait2 ini..