Monday, December 14, 2009

Nafi dan Ithbat...

assalamu'alaikum....

Puji dan Puja untukNya..
Selawat dan Salam untuk RasulNya..



Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan


Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah...




Nafi dan Ithbat
kalimah pegangan Umat Islam..
Selagi mana kita masih berpegang padanya,insyaAllah kita akan tergolong dalam golongan ahli Syurga..
Kerana Nabi pernah bersabda yang mafhumnya:siapa yang hujung hayatnyamengucapkan kalimah لاإله إلا الله nescaya Syurgalah tempatnya...

NAFI bermakna kita menafikan tiada tuhan langsung dimuka bumi ini
yang layak dipatuhi,yang layak disembahi...

ITHBAT bermakna kita mengithbatkan,menetapkan,mensabitkan,memberi yakin
pada hati dan diri bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang layak dan selayak-layaknya dipatuhi dan disembahi oleh semua makhluk di alam dunia ini..

NAFI itu adalah kalimah 'LA ILAHA لاإله' yang bermaksud 'Tiada Tuhan yang layak disembah'...

ITHBAT itu adalah kalimah 'ILLALLAH إلا الله'yang bermaksud 'Hanya Allah sahaja yang layak disembah'...

maka bila disandingkan dan digandingkan NAFI dan ITHBAT,terhasillah: LAILAHAILLALLAH(لاإله إلاالله)...



Syukran jaziilan...

Sunday, December 13, 2009

Kurniakanlah...

salamullahi 'alaikum.

kurniakanlah kepadaku ya Allah...
anugerahkanlah kepadaku ya Allah...
berikanlah kepadaku ya Allah...
keampunanMu,maghfirahMu janganlah Kau bataskan ia untukku...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ameen ya robbal'alameen...

Wednesday, December 9, 2009

KAFAT oh KAFAT

salamun'alaikum...

segala puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi..
selawat dan salam untuk pesuruhNYA serta ahli keluarga dan para sahabat..

Pada pagi 1 Julai 2009 aku melapor diri di bangunan
Kelas Fardhu Ain,Agama dan Tajiwid(KAFAT)yang merupakan salah
satu unit yang terdapat di Madrasah Tahfiz al-Iman.Antara unit
lain yang terdapat di madrasah yang di asaskan oleh seorang yang
berbangsa Arab dari Algeria ini ialah unit akademik dan tahfiz al-Quran.
Di bangunan ini aku hanya sempat mengambil pengalaman mengajar selama
2 bulan sahaja,kerana di pertengahan Ramadhan tahun aku masuk,unit KAFAT
diarahkan berpindah bersebelahan dengan unit akademik.


Papan tanda KAFAT(bangunan lama)hanya tinggal kenangan...

Madrasah yang ditubuhkan pada tahun 1999(spt y dimaklumkan pd aku)merupakan
sebuah sekolah swasta yang mana mengamalkan tiga unit berjalan serentak.
Madrasah ini juga menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan.
Bangunan madrasah ini merupakan bangunan rumah 3 tingkat yang disewa oleh pihak madrasah.


Pandangan dari tingkat 3 bangunan KAFAT lama..


Tenaga pengajar unit KAFAT ini terdiri daripada 6 orang guru termasuk aku sendiri..
Ketua unitnya bernama Ustaz Md Nazri bin Omar..baik orangnya dan selalu tersenyum tak kira dalam apa situasi sekalipun..







Ketua yang kami hormati..sempoi2 je orangnye..:)

Ustaz Nahdatus Salam bin Mohd Azman..mula2 aku terserempak dgn ustaz ni,mukanya
nampak seperti seorang pendiam dan serius..takut la pulak..tapi bila dah kenal,
aku senang bersamanya..tapi kini tiada lagi insan yang bernama Nahdatus Salam ini
di unit KAFAT ini pada tahun 2010 kerana beliau akan berpindah ke seklah lain..:(







Ustaz Salam,kenangan bersamamu tetap menjadi manisan hidup kami..:)

Ustazah2 pula ada 3 orang..Penolong ketua unit agama(unit KAFAT)yang juga
merupakan Penyelia Peperiksaan unit ini.Ustazah yang banyak memberi tunjuk ajar padaku ini bernama Ustazah RAfidah binti Sukendar.Orangnya tegas dan ceria..memiliki
suara yang lantang dan nyaring membuatkan pelajar hormat dan takut padanya..:)


Syukran ustazah Rafidah atas segala tunjuk ajar ustazah tentang selok belok kerja...

ustazah Norazmah pula merupakan ustazah yang peramah habis..ada sahaja cerita
yang hendak dikongsikan..membuatkan suasana kerja tidak boring dan tidak sepi..


Teruskan menceriakan KAFAT ustazah Azmah..:)

Yang akhir sekali ialah ustazah Siti Saherah merupakan ustazah paling
muda sekali antara tenaga pengajar unit agama..juga merupakan seorang
yang peramah dan mesra..kalau satu hari ustazah ni tak datang
atau tak bersuara,sunyi je rasa bilik guru KAFAT..:)






Ustazah Siti,jangan biarkan KAFAT diselubungi kesepian dan kesunyian..:)

Moga KAFAT akan terus maju dalam membantu madrasah menghasilkan pelajar
yang berjaya dalam akademik bertunjangkan agama..

Setakat ni jelah dulu cerita mengenai KAFAT..komenlah ape2 ye
mengenai coretan ku ini..terima kasih sudi baca...

Syukran jaziilan...

Sunday, September 27, 2009

syukurlah...

salam'alaikum...

segala syukurku dipanjatkan kehadrat Ilahi..
selawat dan salam ku titipkan buat Nabi kekasih hati...

Tatkala telingaku didengarkan Allah akan laungan
takbir dan tahmid yang tidak henti2 di hening pagi
memaksa aku menerima hakikat yang Ramadhan telah pergi
mungkin untuk sementara dan jua mungkin untuk selama2nya..

Apakah takbir kali ini benar2 memihak kepadaku sebagai
seorang pemnenang yang benar2 berjaya melawan hawa nafsu
sepanjang bulan puasa yang lalu?? aku harus malu kepada
penciptaku dan pemilik segala bulan Islam kerana aku
tidak punyai jawapan bagi soalan tersebut..jika ada pun
tentu sekali jawapannya tidak..
malu dan teruknya diriku ini...

Untuk sesama insan, ingin ku hulur dan susunkan jari ini
memohon kemaafan lahiri dan batini diatas segala silap dan
salah yang sememangnya ada antara kita kerana kita ini
adalah makhluknya ciptaan yang Maha Esa..



Marilah kita saling maaf memaafi antara kita atas segala keterlanjuran
dan keterlepasan laku dan kata sama ada sengaja mahupun tidak,
sedar mahupun tidak..kerana kita semua tidak pernah lepas dari
silap dan salah apatah lagi dosa..

Janganlah kita keterlaluan dalam menyambut Lebaran sehingga mengundang
kepada pembaziran..biarlah kita bersederhana dalam menyambutnya kerana
sebaik2 perbuatan atau perkara adalah yang dipertenghahan(sederhana)..




selamat menyambut 'eidul fitri 1430H
ampun maaf lahir dan batin
moga syawal disambut dengan penuh keinsafan
dan kesyukuran terhadap yang Maha Kaya..
ucapan tulus ikhlas dari
pencoret blog ini: mataku...

syukran jaziilan...

Friday, September 11, 2009

sebelum terlewat...

assalamu'alaikum...

segala puji bg Pemilik langit dan bumi..
selawat salam bg Muhammad kekasih hati..

Sebelum berakhirnya sesebuah sesi persekolahan,pasti ada
satu ujian penilaian dan seterusnya keputusan serta penganugerahan..

Begitu juga dengan Ramadhan..sebelum berakhirnya sesi pembelajaran
dan penterbiyahan diri di University Of Ramadhan(UOR)ini,kita haruslah
mencari satu pencapaian yang benar2 layak untuk kita mendapat
penganugerahan..anugerah awal diberi pada satu malam diantara
malam2 yang terdapat dalam bulan Ramadhan iaitu malam al-qadr..



anugerah seterusnya bulan syawal yang hanya layak dirayakan
dan diraikan oleh mereka yang benar2 telah berjaya mengharungi
halangan dan dugaan nafsu sepanjang bulan Ramadhan..

anugerah seterusnya dan yang paling agung serta bernilai adalah ketika
bertemunya dua mata antara makhluk dan Khalik..

maka,sementara kita semua masih berada dalam semester tiga iaitu final sem
sebelum kita semua ditabalkan sebagai graduan keluaran University of Ramadhan(UOR)
ini,bersegeralah dan berlumba2lah untuk mencari segala bentuk permata,berlian dan
intan serta segala yang bernilai yang terdapat dalam University ini..

semoga kita semua masih belum terlewat dan terlambat untuk dapatkan
semua itu yang mana ianya boleh menguntungkan kita juga di kemudian hari...

selamat beribadah dipenguhujung Ramadhan ini dan moga kita
semua benar2 menjadi hamba yang layak merayakan kemenangan
di bulan Syawal nanti...

Syukran jaziilan...

Sunday, August 23, 2009

akhirnyaa...

segala puja dan puji bg Allah pemilik sekalian alam..
selawat dan salam utk Rasulullah permeberi syafaat..

Alhamdulillah..akhirnya aku diberi peluang dan
dikurniakan kesempatan untuk menyambut
bulan yang penuh dgn barakah ini bersama
ahli keluarga yang amat ku sayangi..




Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku utk
bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia ini..

Berilah kekuatan kepada aku,kedua ibu bapa ku,
adikberadik ku,kaum keluargaku dan seluruh
muslimin dan muslimat utk memperbaiki amalan
dan iman agar Ramadhan kali ini lebih baik dan
jauh lebih sempurna dari tahun2 yang telah lalu..
Ameen ya Rabbal 'alameen...

Ingat! tiada lagi syaitan di bulan ini..
tapi kita masih ada lagi nafsu yang selalu
mengganggu dan membelenggu kita selalu..
mari kita sama2 kuatkan jentera Iman untuk
perangi nafsu yang tidak pernah rasa puas!





syukran jaziilan...

Friday, August 7, 2009

- JIN dan SYAITAN -

Salamuna'alaikum...

segala puji bagi Allah selawat dan salam untuk pesuruhNYA...

Dalam kitab suci al-Quran terdapat dua kalimah iaitu 'Jin' dan 'Syaitan'.
Bila mana Tuhan menggunakan lafaz kalimah 'jin' ia membawa makna
Jin Islam.Lafaz kalimah 'syaitan' pula membawa makna Jin Kafir.

Dalam alam syaitan,terdapat kasta-kasta yang tertentu. Kasta yang paling
tinggi adalah dimiliki oleh jin yang bergelar 'IFRIT(عفريط) atau bahasa yang biase
kita dengar jin aprit.'Ifrit merupakan jin kafir yang paling tinggi dan mulia
tarafnya dikalangan ahli-ahli kelab jin kafir.

Manakala kasta yang paling bawah dan rendah sekali adalah kepunyaan
GHUL(غول) atau dalam bahasa kita yang mudah faham dan kita pun kenal
ialah toyol. Kita kenal bukan dengan nama toyol ni?..
kerja toyol adalah memecah belahkan perpaduan manusia antara satu sama lain.

Senang sahaja cara untuk kita melenyapkan atau menghalau toyol dari mengganggu
kita. Caranya tak perlu berhabis duit untuk bertemu pawang,bomoh dan
sebagainya yang tidak digalakkan dalam Islam.
Kita hanya perlu bangun pada waktu malam,berwudhu' dan mendirikan solat
sunat Tahajjud dua rakaat.
InsyaALLAH, si botak yang berwarna hijau ini tidak akan datang untuk mengganggu kita lagi.

Semoga kita semua dijauhkan dan dapat menengkis godaan syaitan dan ghul.

sekian sahaja unntuk kali ini..
wassalam..

syukran jaziilan...

Friday, May 22, 2009

Hati...

assalamu'alaikum...

Segala puji untuk Allah selawat dan salam untuk kekasihNYA..

Coretan kali ini mengenai hati...

Hati adalah merupakan sesuatu yang berkaitan dengan akal,
panca indera,anggota badan dan seluruh diri manusia..
Baik atau buruknya manusia itu bergantung pada hatinya..
Ini adalah kerana apa yang ditonjolkan dari dalaman akan 
diterjemahkan pada luarannya...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
"di dalam diri manusia terdapat segumpal darah,
jika ianya baik,maka baiklah keseluruhan manusia itu,
jika ianya buruk(rosak),maka buruklah(rosaklah)
keseluruhan manusia itu.Tidak lain tidak bukan,
darah itu adalah HATI..."

Peliharalah hati kita agar jangan sampai ia rosak angkara 
perbuatan kita sendiri...





Syukran jaziilan...

Monday, May 11, 2009

Berehat sambil Berfikir

salamun'alaikum...

Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah,Tuhan pencipta alam semesta..
Selawat dan salam buat kekasihNYA,ahli keluarga dan para sahabat...


Sebagai seorang manusia ciptaan yang maha Esa, kita seharusnya bersyukur
dengan setiap apa yang telah dianugerahkan kepada kita semenjak kita
dibentuk menjadi janin sehinggalah kita dihidupkan kembali di Mahsyar nanti..

Dalam kita merenung kejadian alam ini,ambillah peluang untuk berfikir sejenak
tentang kebesaran dan kebijaksanaan yang maha Bijak dan maha Pandai mencipta,
melakar,mengukir,menyusun serta mengatur segala apa yang ada di alam ini..

Usah kita menghabiskan masa rehat kita dengan berhibur dengan hiburan yang
tidak tentu halanya..sebaliknya,marilah kita berehat sambil berfikir..sebagai contoh,
masa kita berehat,kita tenunglah sepohon pokok hijau lalu kite gerakkan minda kita
untuk berfikir:"kaedah sains mengatakan,tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu
manusia menghirup oksigen segar yang dikeluarkannya.Manusia pula mengeluarkan gas
yang kotor(monoksida) lalu tumbuhan hijau menyerapnya dan mengeluarkan oksigen
yang sihat.."

Begitulah putaran yagn telah diatur oleh Pengatur yang Maha Bijak..ianya adalah untuk
kebaikan manusia..tidak ada sesuatu pun dialam ini dijadikan oleh Allah sia-sia belaka.
Semuanya ada maksud,nilai dan tujuan tersendiri..

Jadi berehatlah sambil berfikir dengan merenung segala kejadian alam yang telah
di design sendiri oleh pereka grafik yang Maha Agung ini..

Moga kita di beri ganjaran dari NYA di akhirat nanti...

Syukran Jaziilan...

Sunday, February 1, 2009

syukran wa timekasih warga PERMAI..

salam semua..

Setelah 2 tahun 5 bulan 10 hari aku berada
di bumi anbia',Irbid Jordan,kini tibalah masa
untuk aku kembali ke tanah air,Malaysia..

5 September 2006 jam 11.30 tengah hari,aku tiba
di Irbid bersama ayah dan tiga lagi rakanku
yang se'MARSAH' dengan ku..

15 Februari 2009 jam 11.30 tengah hari,waktu
penerbanganku pulang ke Malaysia..

Telah banyak perkara yang telah aku lalui
selama hayatku di Irbid Jordan..

Apa yang aku ingin catatkan dan rakamkan
di ruangan kali ini adalah ucapan setinggi2
dan seinfinity TERIMA KASIH aku pada rakan,kawan,
teman,sahabat dan adik2ku di Irbid di atas
segala bentuk bantuan yang telah diberikan kepadaku
sepanjang aku hidup di Jordan..

Jalannya aku berpimpin,lihatnya aku dipandu,
langkahnya aku diiring..terima kasih semua..

Memang sukar untuk hidup di negara orang bagi
si 'buta' seperti aku ini..tanpa bantuan dari
teman2 seperjuangan yang sentiasa hampir denganku,
mungkin aku telah lama patah hati dan berhenti di
tengah jalan..terima kasih kalian sume..

khusus untuk teman serumahku,telah tujuh tahun kita
bersama,telah banyak aku menyusahkan dirimu..
kau mengenaliku setelah diriku berkeadaan sebegini,
setelah mataku hanya melihat dgn 30% shj..tak terkira
bebanan yang telah aku pikulkn atas bahumu..terima kasih Ciku..

untuk seorg abg yang bnyk aku susahkn die,aku akn ingt
jasa baikmu setiap saat yang termampu untuk aku simpan ia..
moga dirimu akan tabah mengharungi hidup ini..teruskan dan
kuatkan semangatmu untuk tamatkan pengajian..
terima kasih banyak abg Shah..

buat adik2 yang ku kasihi sekelian,tak kire yang duduk
sebelah rumah mahupun di imarah yang lain,budak JAIS mahupun JUST,
helai tawa kalian,usik kacau kalian,senyum manis kalian juga
marah kalian,tetap akan aku simpan dan simpul dalam lipatan
kenanganku hingga sampai masa aku di jemput pulang kepada
penciptaku,Allah Jalla wa 'Ala..terima kasih adik2ku semua..
moga Allah membalas jasa baik kalian semua..belajarlah
rajin2 dan bersungguh2..jangan jadi seperit aku
dan jangan sekali mencontohi diriku ini..

bagi tiga pihak diatas ini, mekasih banyak2 kerana
sudi tlg pimpin tanganku u ke kelas,ke balad,ke bundle,
ke nasim,ke Safeway dan Irbid Mall,ke Amman beli kitab,
main bowling,jalan2,tlg angkatkn gas,tong air dan sume lah.
syukran banyak2 ye..

tak lupe juge untuk teman2 dan adik2 dr IKIP..mekasih atas pertolongan dn bantuan kalian..belajar hasub 2 bersama,pergi ke puncak Petra bersama dan sumenye y telah kalian bantu diriku ini..moga kite akn bersua lagi di mesia nnt..moga Allah rahmati kalian sume..terima kasih kalian..


mekasih juge pada mereka yang tidak dpt aku sebut
namanya di sini same ade y tlg aku secara langsung atau tak,
mental atau fizikal,mekasih banyak..

y mmpu u aku bg kat korang sume hnyelah doa..

pasni,aku hrp jgnla ade manusia mcm aku ni kat Irbid ni..
cukuplah aku sorang y menyusahkan warge PERMAI di Irbid ni..

aku tak mintak u di hormati,aku tak mintak u di ingat atau
di kenang,aku cume mintak satu je..doakan agar aku jadi seperti
kalian yang suci dan bersih dr dosa..dan aku cume mohon doa
dari kalian agar mata aku dapat melihat seperti 9 tahun dulu dan
dpt melihat seperti kalian dan insan lain..

untuk akhirnye.mekasih sekali lg buat korang kerana
sudi bg aku ruang untuk hirup udara dan bernafas bersama
kalian warga PERMAI di syari3 jami3ah,Irbid Jordan ini..
moga Allah merahamati kalian semua dunia akhirat..
Allahu yunajjihkum jami3an..

selamat tinggal dan smoga berjumpa lg,jika tidak di dunia
y fana' ini,moga kite berjumpe di alam y baqa' nnt..
insyaAllah..


syukran jaziilan..
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
y bnyk menyusahkn org:
aku,Budak Irbid Buta(B.i.B)
mohd helmi b selamat
lot 4049 jln syukur kg melayu kangkar pulai
81110 johor bahru johor...
+6075272048
+60197274049
+962776917446