Monday, March 29, 2010

di mana jawapannya...??

assalamu'alaikum...

segala puji bagi Allah Yang Maha Tahu..
selawat dan salam untuk Rasulullah,ahli keluarga dan para sahabat..



Hari makin hari telah aku lalui dan telah juga meninggalkan aku..
tapi apa yang telah aku dapat?apa yang telah aku majukan untuk diri?
apa yang telah aku buat?apa kebaikan yang telah aku rebut? apa dan apa dan apa??

huuhh...hmmm...entah lahhh...aku pun tak tahu...

semakin hari semakin aku tidak faham dengan kehendak diri ini...
semakin hari semakin aku lemas dengan tingkah diri ini....
semakin hari semakin aku buntu untuk mencari penyelesaian masalah diri..
semakin hari semakin aku hilang arah untuk teruskan segala2nya...

Biarlah apa yang insan akan katakan kepadaku..
Biarlah apa yang insan ingin anggap pada ku...
Biarlah apa yang insan ingin hukumkan aku...
kerana itu hak mereka untuk berbuat demikian dan
mungkin itu juga pemabalasan Tuhan terhadap aku..

entahlah...aku semakin tidak faham dan semakin buntu untuk mengerti
tentang diri aku sendiri..

di mana harus aku temukan jawapan itu? di mana haru aku cari jawapan itu?
dan aku tahu di mana aku boleh dapatkannya, tetapi cara mana harus aku
gunakan ia untuk jawapan itu berkesan dan terus meresap ke dalam diri ini..

Oh Allah, berilah aku kekuatan dan peluang untuk ke sekian kali..
ameeen...

Syukran jaziilan...