Monday, October 27, 2008

malulah pada pemberi ni'mat...

Salamullahi'alaikum…

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat Rasulullah,ahli keluarga

dan para sahabat baginda serta mereka yang menurutinya hingga hari perhitungan…

Sebanyak mana usia kita kini, sebanyk itulah ni'mat yang kita telah miliki hasil pemberian Allah 'Azza wa Jalla..Cuma kita tidak mampu untuk menghitung serta mentafsir berapa banyak jumlah ni'mat yang telah kita kecapi itu..tapi yang pastinya, setiap ni'mat berperanan untuk dihisab dan ditanya diakhirat kelak cara mana kita menggunakan ni'mat pembeianNYA..

Sebagai seorang hamba kepada tuannya, kita patut dan wajib rasa malu setiap apa yang dikurniakan pada kita sedari kita berbentuk janin sehinggalah kita dikembalikan pada tanah..jika kita tiada rasa malu walau sedikit pun pada setiap ni'mat yang telah dianugerahkan kepada kita, kita tergolong sama di dalam golongan orang2 yang tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu di untung...

Setiap pemberian patut dirasai ianya perlu di syukuri dan berterima kasih pada pembeinya..segala pemberian seuatu kepada kita setelah kita memintanya,patut kita berterima kasih pada pemberinya,inikan pula pemberian yang tidak didahului dengan sebarang permintaan,amat lagi kita patut berterima kasih pada pemberinya..

Dua jenis manusia yang berbeza dalam konteks penerimaan ni'mat.. sama ada kita mahu menyertai jenis manusia yang pertama iaitu yang apabila menerima ni'mat,akan mensyukurinya dan ni'mat itu akan ditambah lagi..ini golongan yang beruntung.. Atau kita mahu menyertai jenis yang kedua yang mana apabila menerima ni'mat,berasa somong,bongkak dan angkuh serta tidak tahu bersyukur pada pemberi ni'mat kepadanya,golongan ini akan menerima azab di alam selepas dunia..

Firman Allah s.w.t dalam surah Ibrahim ayat 7 yang ertinya:

"dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Semoga kita semua tergolong dan telah pun menyertai jenis manusia yang pertama..Usahlah berangan-angan untuk menyertai jenis manusia yang kedua yang tidak pernah segan dan malu atas setiap pemberian kepadanya.Sedangkan kita pada asalnya,tidak memiliki apa2,kita minta itu dan ini untuk hidup kita lagi selesa dan mudah..dan kadangkala di beri tanpa di pinta..tidak malukah kita pada pemberi ni'mat2 ini kepada kita??

Ya Allah Ya Rahman, jadikanlah kami hamba yang sentiasa berterima kasih kepada setiap ni'mat Mu walaupun sebesar zarah sekali pun..hapuskanlah kesalahan kami walau sebesar zarah sekali pun.. ameen ya rabbal 'alamin..

Syukran jaziilan…

B.i.B

Thursday, September 11, 2008

Sedarlah hati...


Salam semua....


Sedarlah hati...

Terasa gerun bila ku teringat
akan mati yang bakal menemuiku..
sedang aku tak bersiap untuk menyambutnya..
kerna diri ini masih leka derhaka..

Walau ku tahu mati itu hampir..
Tapi ku tak pernah bersedia untuk itu..
aku masih hanyut di alam dosa ma'siat..
yang ku lakukan hari demi hari...

Ku hina dan keji di sisi mu Tuhan..
Ku kerdil miskin di pandangan mataMu..
Sudilah terima rintihan taubatku...
Berikan daku keampunan dan kekuatan Iman..

Tak sanggu
p ku menghadapi azab siksa dari Mu..
Diri ini masih tiada bekalan untuk ke sana..
Diri ini masih penuh dengan dosa dan juga noda..
sedangku tahu Kau memiliki azab siksa yang pedih..

Janganlah Kau matikan ku selain dalam Iman..
SyurgaMu itu hanya untuk mereka..
yang takut padaMu serta beriman dengan sepenuhnya..
Ku mengharap mati yang husnul khatimah..

Kejahilanku mengaburi mata hatiku..
hinggaku s
eakan bertuhankan nafsu..
Aku lemah dan mudah terpedaya..
dengan pujukan nafsu yang merugikan..

Oh Ya Allah! Temukan aku dengan jalan keluar..
dari setiap masalahku..dari setiap dosa2ku..

Ku buntu dengan hala tuju hidupku kini..
kerna hatiku seakan gelap dilitupi dosa ma'siat..
semua itu dari kejahilanku walau ku tahu tapi ku lakukan jua..
Ya Allah berilah keampunanMu dan kuatkan Iman ku..

Ku ingin kembalikan fitrah kepada jiwaku..
agar ku rasa hidup ini bukan untuk selamanya..
agar ku sempat membersihkan jiwa dari keheningan dosa2..
agar ku dapat bersama para solihin di sisi Mu...







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

B.i.B

syukran jaziilan...

Sunday, September 7, 2008

Andai ini Ramadhan terakhirku...

Salam Ramadhan untuk semua...



Andai ini Ramadhan terakhirku…

Apakah aku masih lagi di takuk yang lama..

Apakah aku mahu kekal dengan cara yang sama..

Apakah aku tidak ingin meleraikan diri dari segla dilemma…

Andai ini Ramadhan terakhirku..

Apakah aku mahu melihat saja segala keuntungan yang ada di depan mata..

Apakah aku mahu membiarkan saja segala mutiara keampuanan hilang begitu saja..

Apakah aku tidak mahu merebut pahala dan ganjaran yang telah tersedia…

Andai ini Ramadhan terakhirku..

Aku harus bangkit berubah kearah yang lebih baik..

Aku harus memperbaiki segala kelemahan yang lalu..

Aku perlu membuat yang lebih baik dari yang terbaik..

Andai ini Ramadhan terakhirku..

Apakah aku tidak mahu bertemu dengan penghulu segala malam..??

Apakah aku tak ingin meluangkan masa untuk bertemu dengan malam itu..??

Alangkah indahnya jika dapat bertemu dengan malam yang terbaik dari segala malam.

Lailatul Qadar pasti menjelma..buat mereka yang menunggunya..

Rahmat Allah mencurah-curah biar pun sehina mana seseorang itu..

Andai ini Ramdhan terakhirku..

Aku harus mengimbas kembali sejarah ramadhanku yang lalu..

Apakah ramadhan kali ini aku seperti di ramadhan yang lalu..??

Naluriku berbisik dari dalam jiwa :

" Tuhan ku sedari kelemahan diri ini, yang tidak istiqamah dalam beribadah..

Ramadhan berlalu, ibadah pun berkurangan, begitulah diriku yang sering kelalaian,

Semoga di Ramadhan kali ini..dapat ku perbaiki kelemahan diri..,

Akan ku cuba mendidik nafsuku…agar subur kehambaanku terhadapMU.."

Andai ini Ramadhan terakhirku..

Ya Allah! Berilah aku dapat merasai erti sebenar Ramadhan..

Ya Allah! Berilah aku kejayaan berubah, mengubah dan akhirnya terubah..

Ya Allah! Berilah aku keampunan jika ini Ramadhan terakhirku..

Ya Allah! Berilah aku peluang bertemu semula Ramadhan jika ini bukan yang terahkhir ..


تقبل الله منا ومنكم جميعا
كل يوم وأنتم ألف خير!


ihya' ramadhan 'o8..

B.i.B

syukran jaziilan..

Monday, July 14, 2008

Dengarkan aku selalu kata-kata itu...

salam'alaikum..
segala puji bagi Allah,selawat dan salam untuk Rasulillah,
ahli keluarga dan sahabat..

Kadang, hidup ini aku rasakan seperti tiada ertinya lagi,
kosong, tidak mempunyai apa2 lagi bagi diriku
...

Lepas 3 tahun, setelah lebih dari satu ni'mat penglihatanku
ditarik semula oleh penciptanya yang Maha Mengetahui,
baru aku sedar dan terasa akan kehilanga mataku..kini sudah
lapan tahun lebih, aku hidup dengan menggunakan hanya suku mata sahaja...

Seorang insan yang ku hormati dikalangan adik beradikku, pernah
berkata kepadaku : "jangan jadikan kekurangan sebagai alasan"..
Tapi bagi diriku sekarang ini, seolah2 itulah yang sedang bermain di fikiranku..

Keyakinanku semakin menipis untuk membuat sesuatu perkara,
kekuatan diri dan semangat untuk meneruskan kehidupan dengan sebaiknya,
seakan pergi meninggalkan diriku terkapai keseorangan.

"kau tak boleh berkata begitu, kau tak boleh berputus asa,
aku tahu dan yakin kau boleh lakukannya, kau kena kuat..ada insan yang lagi
teruk dan susah dari kau..tapi mereka boleh je berjaya..jangan terasa hina sangat,
bagi ruang dan peluang untuk diri kau tu.." ramai teman dan sahabatku serta keluargaku
sering berkata kepadaku sedemikian rupa..semua itu betul belaka..aku harapkan
kata2 seperti ini akan berterusan dapat ku dengarinya lagi...terima kasih semua...

Ya Allah! Sesungguhnya aku tidak pernah mahu bersangka buruk terhadap Engkau.
Aku tahu ini semua adalah ujian dan balasan Engkau terhadap diriku yang penuh dosa ini.
Aku bersyukur dan berterima kasih kepada Engkau diatas semua ini. Berilah aku peluang
ke dua untuk aku memperbaiki diri ini. Janganlah Engkau tinggalkan aku keseorangan
dalam kegelapan dunia yang menipu ini..oh Tuhan..

syukran jaziilan..